Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh
fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja
malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat
perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh
memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.
Kebanyakan individu yang melakukan
vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi
kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan
perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara
tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti
merompak atau membunuh.
Vandalisme sering dipandang remeh oleh
masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di
depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang
terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan
kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain
itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain.
Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab
tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam
memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat
ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
Kepada
mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi
tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .Perbuatan
seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja
ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya menggoyang kaki,
menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.
Inilah
perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak
mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri
sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak
diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti pepatah ,
'selepas isi dimakan, kepah dibuang'.Perbuatan
seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak
langsung mempengaruhi imej negara.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu
memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism.
No comments:
Post a Comment