Vandalisme
Kini,
gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala vandalisme
ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah
terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya
gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk
jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau
merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga
dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta
benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal
daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya,
gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan
tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang
dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan
masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi.
Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara
untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan,
tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian
yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.
No comments:
Post a Comment