Masalah Siswazah
yang menganggur
Masalah siswazah yang menganggur di negara
ini adalah “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”. Masalah ini semakin
membimbangkan. Masalah tersebut juga kerap dibincangkan dalam media massa
seperti surat khabar, majalah dan internet. Masalah ini telah menyebabkan kadar
berlakunya kes membunuh diri miningkat dari setahun ke setahun, terutamanya di
negara yang maju dan modern seperti Singapura, Korea, Jepun dan sebagainya.
Terutamanya di negara Korea, masalah ini telah mejadi suatu masalah yang amat
biasa. Berita yang berkaitan dengan siswaah yang membunuh diri kerap dipaparkan
dalam surat khabar Malaysia juga. Fenomena ini harus dibendung dengan cara
‘kusut di hujung, balik ke pangkal’.
Antara masalah siswazah yang menganggur ialah
siswazah yang kurang keyakinan diri. Kebanyakan majiakan akan menemu
duga siswazah untuk mengenal pasti sama ada siswazah itu sesuai bagi jawatan
yang diwartankan. Jika siswazah tidak berkeyakinan semasa sesi temu duga,
majikan tidak akan mengupah mereka. Hal ini kerana majikan akan menganggap
mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tanggapan pertama terhadap
mereka juga akan menjadi tidak baik kerana kurang berprofesional. Akhirnya,
mereka akan kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan tersebut atau
menurunkan kadar upah bagi pekerjaan tersebut.
Selain itu, mahasiswa juga tidak berupaya
untuk bersaing dengan orang lain. Contohnya, mahasiswa yang melanjutkan
pelajaran di luar negara dianggap lebih mahir daripada mahasiswa yang belajar
di Universiti Malaysia. Walaupun anggapan tersebut adalah tidak tepat, tetapi
banyak majikan mengupah pekerja mengikut universiti khusus yang dipelajari oleh
mereka. Ada juga mahasiswa yang mendapat keputusan yang baik dalam universiti,
tetapi kemampuan untuk bekerja adalah tidak setimpal dengan keputusannya.
Golongan itu biasanya terdiri daripada ulat buku yang mahir dalam menghafal
apa-apa yang diajar tanpa mengaplikasikannya dalam dunia realiti. Fenomena
sebegitu sering berlaku di masyarakat dan adalah tidak sihat untuk diteruskan.
Ini amat berbahaya kerana akhirna mereka tidak akan mempelajari apa-apa pun. Di
samping itu mereka juga lemah dalam berkomunikasi dengan orang lain lalu
menjejaskan kecekapan dan keberkasanan dalam menjalakan tugas mereka.
Tambahan pula, penguasaan bahasa inggeris
yang lemah juga merupakan antara faktor mahasiswah yang menganggur selepas
tamat pengajian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Sekiranya kita
mula bekerja, kita akan mengetahui bahawa kebanyakan tugasan dihendaki
komunikasi dalam bahasa Inggeris. Contohnya, semua dokumen adalah ditulis dalam
bahasa Inggeris. Jika kita tidak memahami bahasa Inggeris, bagaimanakah kita
boleh menjalankan tugasan? Selain itu, laporan juga hendak ditulis dalam bahasa
Inggeris, mereka pasti akan meminta bantuan daripada orng lain atau komputer
untuk membuat terjemahan. Penggunaan komputer untuk menterjeahkan ayat kepada
bahasa Inggeris adalah tidak digalakkan kerana ayat yang diterjemah
berkemungkinan besar mempunyai masalah tatabahasa. Oleh itu, kita haruslah
mempunyai amalan membaca novel bahasa Inggeris sejak kecil lagi supaya dapat
meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa tersebut.
Di samping itu, sikap siswazah sendiri
juga akan menyebabkan masalah tersebut. Mereka cenderung untuk memilih
pekerjaan berdasarkan jawatan dalam syarikat, gaji dan juga kawasan pekerjaan.
Oleh sebab itu, mereka sukar mendapat pekerjaan yang sesuai. Walaubagaimanapun,
mereka tidak akan kerjalama disyarikat tersebut kerana sikap mereka yang tidak
boleh menahan stres ataupun dimarhi oleh majikan serta berasa tidak puas hati
lalu memilih untuk meletak jawatan.
Kesimpulannya, jelaslah masalah mahasiswa
yang menganggur di negara ini dikaitkan dengan sikap siswazah. Golongan
siswazah disarankan agar mengambil tindakan untuk membendung masalah ini. Para
siswazah harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat
bersaing dengan orang lain dan juga akan menjadi lebih berkeyakinan. Selain
itu, usaha ibu bapa adalah amat penting dalam memupuk dan mencungkil bakat anak
mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.