Monday 6 October 2014

Masalah Siswazah yang Menganggur



Masalah Siswazah yang menganggur

  Masalah siswazah yang menganggur di negara ini adalah “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”. Masalah ini semakin membimbangkan. Masalah tersebut juga kerap dibincangkan dalam media massa seperti surat khabar, majalah dan internet. Masalah ini telah menyebabkan kadar berlakunya kes membunuh diri miningkat dari setahun ke setahun, terutamanya di negara yang maju dan modern seperti Singapura, Korea, Jepun dan sebagainya. Terutamanya di negara Korea, masalah ini telah mejadi suatu masalah yang amat biasa. Berita yang berkaitan dengan siswaah yang membunuh diri kerap dipaparkan dalam surat khabar Malaysia juga. Fenomena ini harus dibendung dengan cara ‘kusut di hujung, balik ke pangkal’.

  Antara masalah siswazah yang menganggur ialah siswazah yang kurang keyakinan diri. Kebanyakan majiakan akan menemu duga siswazah untuk mengenal pasti sama ada siswazah itu sesuai bagi jawatan yang diwartankan. Jika siswazah tidak berkeyakinan semasa sesi temu duga, majikan tidak akan mengupah mereka. Hal ini kerana majikan akan menganggap mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tanggapan pertama terhadap mereka juga akan menjadi tidak baik kerana kurang berprofesional. Akhirnya, mereka akan kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan tersebut atau menurunkan kadar upah bagi pekerjaan tersebut.

  Selain itu, mahasiswa juga tidak berupaya untuk bersaing dengan orang lain. Contohnya, mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di luar negara dianggap lebih mahir daripada mahasiswa yang belajar di Universiti Malaysia. Walaupun anggapan tersebut adalah tidak tepat, tetapi banyak majikan mengupah pekerja mengikut universiti khusus yang dipelajari oleh mereka. Ada juga mahasiswa yang mendapat keputusan yang baik dalam universiti, tetapi kemampuan untuk bekerja adalah tidak setimpal dengan keputusannya. Golongan itu biasanya terdiri daripada ulat buku yang mahir dalam menghafal apa-apa yang diajar tanpa mengaplikasikannya dalam dunia realiti. Fenomena sebegitu sering berlaku di masyarakat dan adalah tidak sihat untuk diteruskan. Ini amat berbahaya kerana akhirna mereka tidak akan mempelajari apa-apa pun. Di samping itu mereka juga lemah dalam berkomunikasi dengan orang lain lalu menjejaskan kecekapan dan keberkasanan dalam menjalakan tugas mereka.

  Tambahan pula, penguasaan bahasa inggeris yang lemah juga merupakan antara faktor mahasiswah yang menganggur selepas tamat pengajian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Sekiranya kita mula bekerja, kita akan mengetahui bahawa kebanyakan tugasan dihendaki komunikasi dalam bahasa Inggeris. Contohnya, semua dokumen adalah ditulis dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak memahami bahasa Inggeris, bagaimanakah kita boleh menjalankan tugasan? Selain itu, laporan juga hendak ditulis dalam bahasa Inggeris, mereka pasti akan meminta bantuan daripada orng lain atau komputer untuk membuat terjemahan. Penggunaan komputer untuk menterjeahkan ayat kepada bahasa Inggeris adalah tidak digalakkan kerana ayat yang diterjemah berkemungkinan besar mempunyai masalah tatabahasa. Oleh itu, kita haruslah mempunyai amalan membaca novel bahasa Inggeris sejak kecil lagi supaya dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa tersebut.

  Di samping itu, sikap siswazah sendiri juga akan menyebabkan masalah tersebut. Mereka cenderung untuk memilih pekerjaan berdasarkan jawatan dalam syarikat, gaji dan juga kawasan pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka sukar mendapat pekerjaan yang sesuai. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan kerjalama disyarikat tersebut kerana sikap mereka yang tidak boleh menahan stres ataupun dimarhi oleh majikan serta berasa tidak puas hati lalu memilih untuk meletak jawatan.

  Kesimpulannya, jelaslah masalah mahasiswa yang menganggur di negara ini dikaitkan dengan sikap siswazah. Golongan siswazah disarankan agar mengambil tindakan untuk membendung masalah ini. Para siswazah harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat bersaing dengan orang lain dan juga akan menjadi lebih berkeyakinan. Selain itu, usaha ibu bapa adalah amat penting dalam memupuk dan mencungkil bakat anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.