Vandalisme
Definisi
Vandalisme ialah perbuatan
merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab
yang sah di sisi undang-undang.
Punca
Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi keluarga mereka.
Sikap Negatif Dari Keluarga
Mengamalkan budaya hidup negatif.
- Kurang memberi kawalan dan bimbingan yang sempurna kepada anak mereka.
Pengaruh media massa
- Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme
Sikap Diri Remaja
- tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Tidak memikirkan kesan daripada perbuatan vandalisme yang mereka lakukan.
Kesan
Imej negara dijejaskan
- Apabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka lihat.
Beban kepada rakyat dan
negara
- Barang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk memperbaki barang-barang yang dirosakkan.
Menyusahkan diri
- Merugikan diri sendiri kerana tidak mendapat menggunakan lagi harta benda awam yang kita telah rosakkan.
- Masa depan akan gelap
Menyusahkan ibu bapa
- memburukkan nama keluarga
- perlu bertanggungjawab atas kerosakkan harta benda awam
Langkah
Mengatasi
Penguatkuasaan Undang-Undang
Yang Lemah
- Tidak ramai remaja yang ditangkap kerana perbuatan vandalisme. Keadaan juga sedemikian menyebabkan para remaja tidak takut untuk melakukan vandalisme.
Bimbingan kaunselling harus
diberi
- mendapat tahu kenapa mereka berbuat begitu dan masalah yang dihadapi
Peranan Media Massa
- menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
- v memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam.
- mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja.
Konklusi
Kesimpulannya, para remaja
harus berupaya untuk membezakan perkara yang baik daripada perkara yang buruk.
No comments:
Post a Comment